Sekat segera unsur promosi Komunis

    - Advertisement -

    DEWAN Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) mengecam sebarang tindakan yang mempunyai unsur-unsur dalam mempromosi ideologi dan menyucikan ‘kekejaman’ komunis dalam negara ini.

    - Advertisement -

    Sejak kebelakangan ini, khususnya pasca PRU 14 menyaksikan terdapat tindakan secara terancang dalam mensabotaj sejarah kemerdekaan negara dengan menjadikan watak komunis sebagai hero pejuang atau sebahagia saham dalam memerdekaan Tanah Melayu suatu ketika dahulu.

    Sebelum ini, terdapat pengedaran komik kontroversi ke sekolah-sekolah yang cuba mendoktrin para pelajar apabila komik tersebut cuba menaikkan watak komunis sebagai entiti yang baik dan berkorban untuk memerdekakan negara.

    Begitu juga insiden terkini yang berturut-turut seperti lambang bintang 5 dalam program MABA kemudiannya usaha membawa masuk abu Chin Peng ke dalam negara serta yang terbaru program yang yang menghimpunkan lebih kurang 300 bekas pejuang ideologi komunis yang di Kajang semalam bagi memperingati ulang tahun ke 30 Perjanjian Damai Hat Yai antara Kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Dis 1989.

    Peliknya, sama ada terancang atau tidak, setiap insiden tersebut berlaku pasti terdapat kelibat pimpinan DAP dalam meraikannya serta mempertahankannya. Hal ini sangat jelas berlaku pasca PRU 14 iaitu sejak DAP berkuasa.

    DPPNS mendesak pihak berkuasa dan berautoriti untuk mengambil tindakan yang lebih tegas dan pantas untuk membendung dari sebarang kemungkinan buruk dari terjadi. Usah dibiarkan sebarang usaha dan promosi mengangkat ideologi komunisme ini kembali subur di negara ini sedangkan ideologi komunis ini telah pun diharamkan.

    Dari sudut ideologi komunisme ini adalah bercanggah dengan akidah Islam yang mana ideologi ini tidak mempercayai ketuhanan dan hari akhirat. Dari sudut sejarah pula, mereka sangat kejam apabila melakukan kezaliman dan pembunuhan ke atas tentera Tanah Melayu suatu ketika dahulu.

    DPPNS juga menemplak mana-mana pihak yang bermudah-mudah dalam isu serius dan besar ini dengan lakonan ‘memohon maaf’ atas setiap insiden yang keterlaluan. Sedangkan kerap kali insiden seumpama ini terjadi namun sepi dari sebarang tindakan penguatkuasaan dan undang-undang.

    DPPNS menyeru kepada semua rakyat yang cintakan negara Malaysia untuk bangkit mempertahankan sejarah negara dan kedaulatannya dari disabotaj oleh agenda komunis yang semakin rakus di saat ini.

    Demi Islam
    Bangkit : Pemuda Perintis Kebangkitan Ummah

    DR MUHAMMAD ZUHAILI SAIMAN
    Ketua Penerangan
    Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 3/12/2019

    - Advertisement -