Muafakat Nasional menolak IPCMC

- Advertisement -

SELURUH ahli Parlimen Gagasan Muafakat Nasional (BN PAS GPS) telah menyatakan pendirian menolak IPCMC ini dalam satu sidang media minggu lepas.

Saya sendiri sentiasa berhubung dengan rakan-rakan di Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan PDRM bagi memperoleh maklumat secukupnya maklum balas tentang RUU IPCMC ini termasuk berkongsi pandangan wakil dari Independent Police Complaints Commission United Kingdom.

Saya mendapat maklumat sesi libat urus yang melibatkan Jawatankuasa Pilihan Khas untuk IPCMC Parlimen yang berjumpa pelbagai stakeholders (pihak berkepentingan) khususnya PDRM di negeri-negeri hampir kesemuanya menolak IPCMC ini.

Kementerian Dalam Negeri selaku pihak berkepentingan langsung  dalam IPCMC  dapat dilihat sangat jelas sangat tidak teruja dengan IPCMC ini dan sangat memainkan peranan pasif dalam membawa IPCMC ini. PDRM adalah agensi penguatkuasa undang-undang yang berada di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Malah sungguh aneh ia  akan dibentangkan di Parlimen oleh YB Ram Karpal Singh, bukannya Kementerian Dalam Negeri.

Saya rasa sangsi IPCMC ini adakah sebenarnya agenda yang menjaga kepentingan negara dan rakyat secara keseluruhannya atau agenda pihak-pihak tertentu yang berkepentingan yang sedang mempengaruhi Kerajaan PH hari ini.

Perlu diperhatikan dengan penuh prihatin, usaha agresif sedang dilakukan untuk melemahkan agensi penguatkuasaan undang-undang seperti PDRM melalui usaha melobi untuk memansuhkan Undang-undang Pencegahan seperti SOSMA, POCA, POTA dan Akta Hasutan.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Ahli Parlimen Kuala Terengganu
3 Disember 2019 – HARAKAHDAILY 3/12/2019

- Advertisement -
- Advertisement -