Muslimat PAS Bentong praktik Penyatuan Ummah

- Advertisement -

BENTONG: Lajnah Ekonomi Muslimat PAS Kawasan Bentong telah menganjurkan program lawatan mahabah melibatkan 40 peserta dalam kalangan ahli PAS dan Umno ke Terengganu dan Kelantan pada 28 hingga 30 November lalu.

- Advertisement -

Program ini bertujuan untuk mengumpul dana Lajnah Ekonomi selain menjalin serta mengeratkan ukhwah antara peserta rombangan dan kepimpinan khususnya dari Parlimen Bentong.

Ia juga bertujuan untuk menambahkan pengetahuan mengenai corak pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu dan mengenali budaya negeri tersebut dengan lebih dekat lagi.

Peserta program tersebut berkesempatan mendengar Kuliah Dhuha di Masjid Rusila, selain dijemput serta diraikan ke Wisma Darul Iman untuk mendengar taklimat dari pimpinan Terengganu dan disajikan makan tengahari.

Selain itu mereka dibawa membeli belah ke Pasar Payang dan Pasar Siti Khadijah serta bergambar di tempat-tempat menarik antaranya di jambatan angkat tempat tersohor di Terengganu.

Peserta juga berpeluang mendengar tazkirah disampaikan oleh Ketua Muslimat PAS Bentong Roslin Jidin menyampaikan tazkirah, selain taklimat dari Ketua Penerangan Muslimat PAS Bentong, Yusma Yusoff.

“Program ini membuktikan PAS khususnya Muslimat Bentong berjaya mempraktikkan Penyatuan Ummah yang ditermeterai antara kedua parti ini dan saya berharap ukhwah ini berkekalan dan berterusan,” kata Roslin.

Menurut Yusma pula, kalangan ahli PH perlekehkan hudud, sedangkan ia perkara yang tidak boleh dipermain-mainkan sebagai hukum dari Allah yang terdapat dalam Al-Quran.

“Jika ada antara kita yang dulunya pernah perlekehkan hudud mohon sangat agar mengucap dua kalimah syahadah semula,” nasihat beliau.

Pengerusia Lajnah Ekonomi Muslimat PAS Bentong, Suryati Mansor merakamkan jutaan terima kasih kepada peserta program dan beliau mengharapkan agar peserta tidak serik untuk melibatkan diri lagi. – HARAKAHDAILY 2/12/2019

- Advertisement -