Jabatan Amal siap siaga hadapi banjir

- Advertisement -

SEPERTIMANA yang dilaporkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia yang dikemaskini jam 1050 pagi 1 Disember 2019, kebanyakan tempat di Negeri Pantai Timur terutamanya Kelantan dan Terengganu akan menerima taburan hujan yang sangat lebat secara berterusan. Ini telah mengakibatkan bencana banjir mula berlaku di beberapa daerah di negeri tersebut.

Saya ingin mengingatkan kepada semua mangsa banjir untuk sentiasa mengikut arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Sepertimana biasa, Jabatan Amal Malaysia (AMAL) di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak berautoriti seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat dan lain-lain agensi bagi membantu dalam kerja-kerja menyelamat serta bantuan kebajikan kepada mangsa banjir.

AMAL akan memobilisasikan fungsinya di bawah penyelarasan Khidmat Malaysia, satu entiti yang diwujudkan oleh PAS untuk menguruskan bantuan bencana.

Oleh yang demikian, saya dengan ini mengarahkan semua Jabatan Amal Malaysia Negeri-negeri untuk bersiap-siaga dan mula mengaktifkan kelengkapan serta kekuatan anggota berada dalam Fasa ‘Alert One’. Arahan terkini akan diberikan melalui Pengarah Operasi Jabatan Amal Malaysia kepada semua negeri bagi membantu kawasan yang terjejas akibat bencana banjir pada kali ini.

“Beramal Kerana Allah”
“Demi Islam, Amal Bersedia”

- Advertisement -

IR HJ KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 2/12/2019

- Advertisement -