Kena sedia dengan keadaan politik sekarang

    - Advertisement -

    ALOR SETAR: Konvensyen Setiausaha Kebangsaan yang berlangsung di Kompleks PAS Kedah, berjaya menghimpun 640 pemegang jawatan berkenaan di setiap peringkat termasuk DHPP Pusat.

    - Advertisement -

    Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyudin Hassan, berkata konvesyen itu diadakan bertujuan memberi panduan kepada para setiausaha untuk memantapkan lagi kerja-kerja kesetiausahaan di samping melengkapkan diri dengan pengetahuan asas berpandukan perlembagaan parti.

    “Kehadiran para setiausaha ke konvesnyen ini amat penting kerana inilah program khusus untuk pemegang jawatan ini apatah lagi tugasan ini tidak pernah kunjung padam,” ujar beliau pada majlis penutup program yang disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya.

    Ahli Parlimen Kota Bharu itu juga mengingatkan hadirin bahawa kerja-kerja setiausaha akan bertambah dengan adanya Muafakat Nasional.

    Menurutnya juga, solusi yang berpandukan roadmap atau batu tanda bukan sahaja sebagai langkah menuju PRU15 tetapi lebih jelas sebagai penyelesaian ummah.

    “Para setiausaha semua kena bersedia dengan keadaan politik sekarang yang dilihat kemungkinan akan berlaku PRU lebih awal dari yang dijangkakan,” katanya. – HARAKAHDAILY 1/12/2019
    .

    - Advertisement -