GENERASI dedah ilmu pengurusan jenazah

- Advertisement -

KEMAMAN: Masalah kekurangan pengurus jenazah berkebolehan telah mendorong Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (GENERASI) menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah, hari ini.

- Advertisement -

Pengerusi GENERASI Negeri Terengganu, Mohd Rusman Rani berkata, kursus itu yang mendapat kerjasama Masjid Jamek Kertih 5 dan MPKK Felda Kertih 5 di masjid tersebut, Ketengah Jaya, di sini.

“Peserta diajar teori pengurusan jenazah selain latihan praktikal bagi memudahkan pembelajaran,” katanya pada kursus yang mendapat penglibatan 50 peserta itu.

ADUN Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili ketika perasmian program berkata, pengurusan jenazah adalah fardu kifayah yang sekiranya tiada seorang mengambil tanggungjawab menguruskannya, semua penduduk berkenaan menanggung dosa.

“Mengurus jenazah memerlukan seseorang yang kuat semangat dan bersifat amanah kerana mereka bertanggungjawab bermula dari proses memandikan jenazah sehingga kafan sebelum disembahyangkan.

“Betapa signifikannya mempunyai pengetahuan yang mendalam berkaitan perkara ini agar setiap umat Islam mampu untuk membantu menguruskan jenazah terutama sekali jenazah ahli keluarga sendiri pada masa hadapan,” terang beliau.

Beliau turut memberi nasihat dan peringatan betapa mempelajari cara pengurusan jenazah merupakan antara inisiatif yang dapat mengingatkan kepada kematian. – HARAKAHDAILY 1/12/2019

- Advertisement -