Dibenar disemadikan di bumi beliau cetus huru-hara?

- Advertisement -

PADA 26 Sept 2013 DYMM Sultan Selangor pernah bertitah bahawa Chin Peng adalah musuh negara. Nyawa anggota keselamatan Tentera dan Polis telah terkorban termasuklah orang awam dibunuh dan menderita akibat tindakan pengganas Kominis yang dipimpin Chin Peng.

Titah Tuanku lagi jangan sekali-kali kita menggadaikan maruah dan harga diri hanya kerana mahu sokongan dan populariti.

Itu 6 tahun dahulu.

Kini atas desakan penyokongnya Kerajaan PH mengizinkan abu mayat si pengkhianat ini dibawa pulang dan telahpun ditaburkan di perairan Lumut dan Banjaran Titiwangsa beberapa hari lalu.

Semasa hidupnya Chin Peng merupakan Setiausaha Agung Partai Kominis Malaya. PKM setelah diharamkan British pada tahun 1948 memilih untuk angkat senjata bagi meneruskan perjuangan.

Cita-cita PKM mahu menegakkan sebuah Republik Rakyat Malaya yang beridealogi Sosialis Komunisma.

Mereka berperang dan kemudiannya melancarkan serangan Gerila terhadap kerajaan sejak sebelum Merdeka hinggalah termeterai Perjanjian Damai Hatyai 1989.

Chin Peng dan PKM bertanggungjawab mencetuskan huru-hara dan menumpahkan darah termasuklah anak bangsa dengan penuh kejam tanpa perikemanusiaan sepanjang zaman keganasan mereka. Sepanjang hidupnya beliau tidak pernah memohon maaf atas tindakannya.

Prof Madya Kumar Ramakrishna dari Universiti Teknologi Nanyang mencatatkan keganasan puak PKM ini:

“In Johore, guerrillas shot dead a Chinese squatter, hacked his wife to death with a parang, set their hut alight and threw their eight-year-old daughter into the flames.”

“Di Johor pengganas menembak mati seorang setinggan keturunan Cina, menetak mati isterinya dengan parang, membakar pondok mereka dan mencampak anak mereka berusia 8 tahun ke dalam api.”

“In Perak, Chin Peng’s men hammered a nail through a Chinese girl’s head.”

“Di Perak, orang-orang Chin Peng memaku sebatang paku menembusi kepala seorang anak gadis Cina.”

“At Pantai Seremban, two young men were battered to death by guerrillas wielding cangkuls.”

“Di Pantai, Seremban, dua lelaki dibelasah hingga mati oleh pengganas yang bersenjatakan cangkul.”

“Even captured guerrillas admitted that the tortures were “too horrible for description”, while a late 1952 police report noted that this “senseless cruelty” was typical of “hundreds of similar incidents” throughout the country.”

“Malah para pengganas yang ditangkap mengakui bahawa penyeksaan yang mereka lakukan terhadap mangsa mereka terlalu dahsyat untuk diceritakan. Mengikut satu laporan polis di penghujung tahun 1952, tindakan tidak berperikemanusiaan ini begitu meluas sehingga ratusan kes yang sama dilaporkan seluruh negara.

Dan kalau kita kunjungi FB Pasukan Komando VAT69 disenaraikan lagi keganasan PKM pimpinan Chin Peng ini:

1.     6 Jun 1974 pengganas Kominis menembak mati Ketua Polis Negara dalam kenderaannya di KL menuju Bukit Aman.
2.     26 Ogos 1975 mereka mengebom Tugu Negara
3.     2 minggu kemudian bulan September 1975 mereka melemparkan bom tangan ke arah kem Pasukan Polis Hutan PPH di Jln Pekeliling KL. Membunuh 2 anggota Polis dan mencederakan 41 yang sedang berlatih kawad.
4.     13 Nov 1975 Ketua Polis Perak Tan Sri Khoo Chong Kong dan pemandunya ditembak mati di Ipoh.
5.     Antara 1969 hingga 1974 seramai 395 anggota keselamatan telah terkorban angkara PKM manakala 919 lagi tercedera.
6.     Antara 1968 hinhga 1982 seramai 70 orang awam terkorban manakala 75 lagi tercedera.

Dan Kerajaan PH tanpa memikirkan sensitiviti mereka yang terkorban, tercedera demi negara, kaum keluarga yang menderita telah mengizinkan abu mayat pengkhianat dan musuh nombor satu negara, Chin Peng dibawa pulang dari negara jiran untuk ditaburkan di bumi bertuah yang beliau cetuskan keganasan dan pembunuhan sepanjang mengetuai parti pengganas PKM.

Ini bukan isu kecil. Ini sebagaimana titah Tuanku Sultan Selangor, isu maruah dan harga diri negara, pasukan keselamatan dan rakyat Malaysia.

Sungguh PH khianat dan tidak bertanggungjawab! – HARAKAHDAILY 29/11/2019

- Advertisement -
- Advertisement -