Abu mayat Chin Peng: Siasat dan bertindak

Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin
- Advertisement -

ALOR SETAR: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sewajarnya melakukan penyiasatan dan bertindak ke atas pihak yang bertanggungjawab membawa pulang abu mayat ketua pengganas komunis, Chin Peng, sekiranya benar mereka tidak terlibat dan tidak tahu menahu akan hal itu.

- Advertisement -

“Kalau mereka tidak tahu pun, takkan hendak biarkan sahaja perbuatan itu. Siasat untuk apa abu mayat itu dibawa pulang ke Malaysia,” tegas Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Yahaya ketika ditemui Harakahdaily di majlis Jamuan Amal Dana Kompleks PAS Kedah, di sini, malam tadi. (Foto atas)

Menurutnya lagi, hakikatnya bukan abu mayat itu yang menjadi persoalan tetapi apakah motif sebenar di sebalik perbuatan itu sedangkan semua orang tahu Chin Peng bukannya pejuang yang patut dibanggakan.

Bahkan, tmbah beliau lagi sejarah membuktikan bagaimana kekejaman komunis terhadap penduduk Tanah Melayu suatu ketika dahulu dan berapa ramai anggota pasukan keselamatan negara mati di tangan mereka.

“Memang perbuatan ini mesti dibantah kerana seolah-olah memberi pengiktirafan kepada golongan pengganas.

“Kerajaan perlu peka kepada perasaan kaum keluarga anggota keselamatan kita yang terbunuh di tangan komunis ketika bertempur mempertahankan tanahair,” ujar beliau lagi.

Sementara itu, berkenaan isu bendera Malaysia yang menjadi perhatian sekarang ini, beliau secara peribadi mengangap ia seolah-olah sengaja dibuat untuk menyatakan hasrat menentang pembangunan Islam di negara ini. – HARAKAHDAILY 28/11/2019

- Advertisement -