As-Sabiqun Pak Suman kembali kerahmatullah

    - Advertisement -

    TAPAH: PAS Kawasan Tapah kehilangan seorang pemimpinnya iaitu mantan Pengerusi Tetap PAS Cawangan Temoh Stesen, Othman Mohd Said, 83 yang kembali ke rahmatullah dipercayai akibat kanser hati, kelmarin dahulu.

    - Advertisement -

    Sepanjang hayatnya, beliau yang dikenali juga sebagai Pak Suman merupakan pimpinan Cawangan Periang, komited dan amanah dengan tugasan diberikan kepadanya.

    Allahyarham yang kehilangan isterinya tiga tahun lepas, menghembuskan nafasnya terakhir ketika diberikan rawatan kecemasan di Hospital Tapah pada kira-kira jam 4:00 petang tersebut.

    Ketua PAS Temoh Stesen, Ustaz Ahmad Nizam Mohd Daud berkata, almarhum Pak Suman merupakan bekas Pengerusi Tetap yang istiqamah dalam menjalankan tugasnya, tetapi telah melepaskan jawatannya sejak beliau ditimpa keuzuran lima tahun lalu.

    Sementara itu mantan Timbalan Yang DiPertua PAS Tapah, Yusof Noah menyifatkan almarhum seorang yang tidak lokek dalam menceritakan sejarah perjuangan PAS sejak dari awal hinggalah sekarang kepada anak-anak muda.

    Katanya, almarhum, sering menegaskan bahawa PAS berada dalam landasan yang benar sebagai sebuah parti siasah mahupun dakwah kepada masyarakat umum.

    Jenazah almarhum telah disolatkan di Masjid As-Solihin Temoh Stesen dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Temoh Stesen 10.00 pagi kelmarin. – HARAKAHDAILY 27/11/2019

    - Advertisement -