Sunathon Perdana Masjid Lama Rantau Perintis

- Advertisement -

KUALA KRAU: Pusat Khidmat DUN Jengka dengan kerjasama Masjid Lama Rantau Perintis, telah menganjurkan Program Sunathon Perdana di Bandar Pusat Jengka, di sini kelmarin dahulu.

- Advertisement -

Program kebajikan dikendalikan MediCOM Malaysia sempena cuti sekolah akhir tahun ini bagi memenuhi tuntutan berkhatan untuk anak lelaki Muslim sebelum mereka mencapai umur akil baligh.

Penyertaan program yang dibuka kepada seluruh anak ahli kariah masjid ini disertai oleh 40 kanak-kanak dari beberapa perkampungan FELDA berhampiran.

Program dirasmikan oleh ADUN Jengka, Ustaz Shahril Azman Abd Halim Al-Hafiz yang turut menyiram kanak-kanak dengan air daripada jentera Balai Bomba dan Penyelamat Jengka.

Seramai lapan mudim bertauliah serta pembantu mudim dari MediCOM Malaysia telah melaksanakan prosedur berkhatan yang turut dibantu oleh beberapa ahli Jabatan Amal Malaysia Kuala Krau.

Program Sunathon Perdana ini merupakan kali kedua yang dikendalikan oleh MediCOM Malaysia di Masjid Lama Rautau Perintis dan akan dilaksanakan lagi pada tahun-tahun akan datang. –HARAKAHDAILY 26/11/2019

- Advertisement -