Pelancongan Islam ada masa depan cerah

- Advertisement -


KUALA TERENGGANU: Industri pelancongan Islam semakin mendapat tempat dan perhatian di Malaysia namun segala pelaksanaan serta objektifnya perlu diberikan perhatian sewajarnya.

- Advertisement -

Sempena dengan International Conference On Islamic Civilazatin dan Technology Management 2019 (ICTM 2019) di Dewan Camelia, Hotel Paya Bunga, Kuala Terengganu, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali telah diundang menyampaikan ucaptama berkaitan industri Pelancongan Islam.

Penganjuran tersebut disertai oleh pelbagai lapisan dari golongan profesional, mahasiswa, pegawai kerajaan, penyelidik, pensyarah dan pengurusan hotel.

Beliau meletakkan empat teras utama dalam pembentangan antaranya seperti perkembangan tamadun, pembangunan teknologi, hotel patuh syariah dan keperluan industri halal.

Dalam pembentangannya, Dr Khairuddin menjelaskan pasaran industri pelancongan Islam mempunyai masa depan terbaik jika semua pihak komited membangunkan dengan acuan terbaik. – HARAKAHDAILY 26/11/2019

- Advertisement -