Muslimat perlu contohi Srikandi Wanita Islam

- Advertisement -

BAGAN SERAI: Kisah wanita-wanita teladan yang terkandung di dalam al-Quran harus menjadi iktibar dan pedoman buat semua wanita terutamanya para srikandi perjuangan.

- Advertisement -

Exco Penerangan Ameerah Negeri Perak, Nurfarhana Omar memetik kisah bonda Nabi Musa A.S yang menghanyutkan bayinya ke Sungai Nil di mana menggambarkan keyakinan kepada Allah.

Beliau mengupas tajuk Seanggun Bidadari Pedoman Daripada Al-Quran pada Sambutan Ulang Tahun PAS Kali Ke-68 di Markas PAS Gunung Semanggol, di sini kelmarin dahulu.

Memetik pula kisah Asiah, beliau menyeru mencontohi ketinggian iman wanita itu yang kekal bersabar walaupun hidup di sisi suami ingkar terhadap perintah Allah S.W.T.

Dalam pada itu, beliau juga menegaskan agar para wanita menjadikan Al-Quran sebagai panduan kehidupan dan menghindari sumber-sumber yang terdapat di laman sosial dari menjadi tempat rujukan.

“Wanita pada hari ini berhadapan dengan pelbagai mehnah antaranya lambakan instafamous. Medium ini seharusnya berperanan sebagai wanita yang baik dalam kalangan masyarakat, bukan sebaliknya.

“Sebagai seorang wanita, kita perlu sentiasa ada mission statement yang jelas bagi memandu perjalanan hidup masing-masing. Apabila telah menjadi seorang ibu, semestinya matlamat itu berbeza dengan orang yang bujang.

“Pendidikan anak-anak perlu bermula dengan mission statement di mana wanita perlu menyiapkan diri supaya menjadi seorang ibu yang betul-betul bersedia melahirkan generasi yang menjalankan syariat Allah,” terangnya. – HARAKAHDAILY 26/11/2019

- Advertisement -