Konvensyen SU PAS Kali Ke-4 Jumaat, Sabtu ini

- Advertisement -

PEJABAT Setiausaha Agung PAS akan menganjurkan Konvensyen Setiausaha kali yang Keempat pada hari Jumaat dan Sabtu ini.

- Advertisement -

Konvensyen yang terdahulu telah diadakan pada tahun 2014 di KUIZM, Selangor, tahun 2015 di PUTIK, Kelantan dan 2017 di KUIZM sekali lagi.

Tahun ini, Konvensyen Setiausaha akan dilaksanakan di Komplek PAS Negeri Kedah di Kota Sarang Semut, Kedah pada 29 dan 30 November 2019.

Objektif Konvensyen pada kali ini antara lain adalah untuk memastikan para Setiausaha memahami peranan sebenar mereka sebagai pengurus dan pentadbir organisasi. Justeru setiap Setiausaha akan didedahkan dengan kaedah yang sebenar dan betul terhadap cara mengendalikan mesyuarat, dokumentasi dan surat rasmi.

Para Setiausaha juga akan mendapat penerangan bagaimana menggunakan sistem keahlian secara atas talian, SPOKAS dengan berkesan.

Ucaptama Konvensyen akan disampaikan oleh Dato’ Takiyuddin bin Hassan, Setiausaha Agung PAS manakala majlis perasmian akan disempurnakan oleh Ustaz Ahmad bin Yahya, Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah.

Sasaran peserta adalah seramai 800 orang yang terdiri daripada Setiausaha PAS di peringkat Dewan-Dewan Pusat, Setiausaha dan Penolong Setiausaha BPPN dan Dewan-Dewan Negeri, Setiausaha dan Penolong Setiausaha PAS kawasan-kawasan serta Setiausaha Dewan-dewan di peringkat PAS kawasan.

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Pengerusi Konvensyen Setiausaha PAS
26 November 2019 – HARAKAHDAILY 26/11/2019

- Advertisement -