Ziarah Medik 3.0 jengah pesakit Dun Sbrg Jaya

- Advertisement -

PERMATANG PAUH: Jabatan Pilihan Raya Muslimat PAS Parlimen Permatang Pauh telah mengadakan Ziarah Medik 3.0 yang dilaksanakan di sekitar Dun Seberang Jaya, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Program telah dijayakan dengan kerjasama dan khidmat daripada anggota-anggota perubatan daripada NGO Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA).

Ziarah Medik yang telah menjadi program kolaborasi berkala kedua-dua pihak ini bertujuan menyantuni masyarakat yang dibebani tekanan hidup dan masalah kesihatan kronik.

Menurut Pengarah Pilihan Raya Muslimat PAS Permatang Pauh  Suraiya Saad, program ini menunjukkan PAS tidak hanya mendekati masyarakat pada musim pilihan raya semata-mata.

Menerusi lawatan ke rumah pesakit yang dikenal pasti, khidmat pemeriksaan tahap kesihatan telah dilakukan termasuk asas tekanan darah, bacaan gula serta keadaan fizikal dan emosi.

Sempena kunjungan tersebut juga, mereka yang diziarahi turut diberikan sumbangan berupa barangan keperluan dapur sebagai keprihatinan dalam mengurangkan beban golongan tersebut.

Turut serta adalah Pengarah dan Bendahari Jabatan Pilihan Raya PAS Permatang Pauh, Mokhtar Muhamad dan Mohammad Khalil Ahmad. – HARAKAHDAILY 25/11/2019

- Advertisement -