Perlu usulkan Akta Kawalan Arak ke Parlimen

Shahir Adnan
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Akta Kawalan Arak yang ketat perlu diusulkan di Dewan Rakyat bagi menjaga keselamatan orang ramai dan menjamin kesejahteraan penduduk supaya tiada insiden berkaitan mabuk arak terjadi.

- Advertisement -

Ketua Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM), Shahir Adnan berkata, isu ini tidak dikaitkan dengan agama atau bangsa tertentu kerana kemalangan dan kecelakaan tidak mengenal agama dan warna kulit seseorang.

“Sebagai contoh di negara jiran, Singapura, wakil rakyatnya sebulat suara menyokong usul Akta Kawalan Arak yang ketat demi menjaga kesejahteraan rakyatnya.

“Seharusnya Malaysia mengambil contoh yang baik ini untuk diadaptasikan di negara kita. Seperti mana larangan rokok, kerajaan sebenarnya boleh menggubal undang-undang dan peraturan berkaitan arak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye, mengatakan bahawa kementeriannya tidak mempunyai kuasa untuk menetapkan peraturan larangan minum arak kerana bidang kuasa tersebut di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menurutnya, kerajaan boleh mewujudkan Zon Kawalan Arak di sesetengah kawasan mengikut masa tertentu bergantung kepada kesannya terhadap penduduk di kawasan setempat.

Katanya, walaupun isu pemandu mabuk di luar bidang kuasa Kementerian Kesihatan, namun kementerian itu boleh mengambil langkah proaktif untuk menggubal Akta Makanan supaya mewujudkan Akta Kawalan Arak yang lebih ketat dalam menangani isu tersebut. – HARAKAHDAILY 25/11/2019

- Advertisement -