Memanah antara tarikan pengunjung Ulang Tahun PAS

- Advertisement -

BAGAN SERAI: Aktiviti memanah antara pendedahan yang dibuka kepada penyertaan sempena penganjuran Sambutan Ulang Tahun PAS Kali Ke-68 yang diadakan di Markas PAS Gunung Semanggol, di sini petang kelmarin.

- Advertisement -

Aktiviti bertujuan mengembangkan riadah berlandaskan sunnah kepada masyarakat ini telah dijayakan dengan bantuan Kelab Memanah A-Ridhuan Kampung Selamat yang berkongsi tips sukan ini.

Para peserta telah diberi bimbingan secara teori dan praktikal memanah dengan betul dan selamat di mana ianya amat memerlukan kepada fokus dan koordinasi tangan serta mata yang baik.

Menurut Pengarah Program, Azhar Mohamad, aktiviti ini antara mendapat paling ramai penyertaan di mana terdapat peserta yang pertama kali melentur busur dan ada sudah mahir, namun ia menarik pelbagai peringkat umur.

Hadir sama menyantuni para peserta dan pengunjung adalah Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria bersama Ketua Pemuda PAS Kawasan Bagan Serai, Ustaz Akmal Abdullah Sani.

Sebelum itu telah berlangsung konvoi bermotosikal bersama ARC Perak dipimpin Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Hafez Sabri dan Ketua ARC Perak, Ustaz Khusaini Shamsuri dari Tol PLUS Bukit Merah ke tapak program.

Turut juga dibuja adakah kaunter keahlian ARC serta jualan produk ARC Perak. – HARAKAHDAILY 25/11/2019

- Advertisement -