Majlis Makan Malam PAS Tambun kumpul dana PRU

- Advertisement -

TAMBUN: PAS Kawasan Tambun terus mengorak langkah mengadakan program berskala besar selepas Kenduri Rakyat pada bulan lalu dengan menganjurkan Majlis Makan Malam bertempat di Dewan St John Ambulance, Ipoh di sini, kelmarin dahulu.

- Advertisement -

Menurut Timbalan Yang Dipertua PAS Tambun, Ustaz Lukmanul Hakim Abu Kasim, ia bagi mengumpul dana pilihan raya yang dijangka bakal berlaku pada bila-bila masa berdasarkan pelbagai pergolakan sedang berlaku dalam Kerajaan PH khususnya di Perak.

Yang DiPertua PAS Tambun, Ustaz Salleh Said dalam ucapannya menyatakan, program sama akan diadakan pada tahun hadapan di tempat yang lebih besar disebabkan masih ramai ahli PAS Tambun tidak dapat menyertainya pada tahun ini.

“Kita nak tunjukkan aktiviti yang dijalankan oleh PAS Kawasan Tambun (kepada masyarakat). Pada cuti sekolah yang akan datang ini, pelbagai program dah disusun oleh pihak PAS Kawasan seperti program Khatan Perdana dan Back to School,” ucapnya.

Beliau juga turut menyeru semua ahli di peringkat Zon dan Cawangan agar dapat sama-sama membantu PAS Kawasan dalam menjayakan perjalanan semua program yang telah disusun.

Majlis makan malam tersebut menampilkan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari serta turut dihadiri Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki dan pimpinan tertinggi Umno Bahagian Tambun. – HARAKAHDAILY 25/11/2019

- Advertisement -