Usrah Anak-anak PAS isi masa cuti sekolah

    - Advertisement -

    IPOH: Jabatan Pembangunan Remaja Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur buat julung kalinya telah melaksanakan Usrah Anak-anak PAS di Eco Park 1 Botani, di sini kelmarin.

    - Advertisement -

    Program telah diisi dengan aktiviti Jalan-jalan Sambil Taaruf, jamuan makan, permainan tradisional dan sesi usrah bersama Ketua Pemuda PAS Negeri Perak, Ustaz Ahmad Faisal Mohd Puait.

    Pengarah Jabatan Pembangunan Remaja Pemuda PAS Ipoh Timur, Mohd Syafiq Mohd Hafizuddin berkata, program tersebut ke arah merealisasikan rukun usrah serta matlamat pengkaderan.

    Ustaz Ahmad Faisal dalam pengisiannya menekankan perlunya anak-anak mengisi masa cuti bersama keluarga terutama membantu ibu bapa dalam urusan seharian mereka.

    “Anak-anak juga wajib mengutamakan dan menjaga solat serta sentiasa membaca al-Quran kerana besarnya pahala membaca al-Quran ini.

    “Satu huruf bersamaan sepuluh pahala. Bagaimana jika membaca satu nuka surat al-Quran? Tidak terkira jumlah pahalanya,” ujar beliau membangkit motivasi. – HARAKAHDAILY 24/11/2019

    - Advertisement -