Sumbangan, Khatan Perdana seri Sambutan 68 Tahun

    - Advertisement -

    BAGAN SERAI: Adun Gunung Semanggol, Razman Zakaria telah menyampaikan sumbangan Kit It’am berupa keperluan asasi makanan kepada 70 penerima sempena Sambutan Ulang Tahun PAS Kali Ke-68 di Markas PAS Semanggol, di sini.

    - Advertisement -

    Menurut Pegawai Khas Adun Gunung Semanggol, Ahmad Rosman Razali, kit tersebut bertujuan meringankan beban golongan kurang bernasib baik di mana ia merupakan sumbangan infak daripada orang ramai yang mahu membantu.

    Hadir sama pada adalah penyumbang program sambutan ini iaitu Pengasas HPA Internasional, Ismail Ahmad dan Ketua Penerangan PAS Negeri Perak, Ustaz Hafez Sabri mengiringi Razman yang juga Pesuruhjaya PAS Perak.

    Razman turut meraikan 40 kanak-kanak pada program Khatan Perdana yang dianjurkan Pusat Khidmat Adun Gunung Semanggol sempena program ini di Dewan PASTI Pra-Tahfiz Jabal Nur, di sini pagi tadi.

    Program ini bertambah meriah dengan acara pancutan air oleh Razman yang disediakan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat sebagai simbolik budaya mandi sungai sebelum berkhatan.

    Lima petugas daripada Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) telah menjayakan program ini yang turut berjalan serentak dengan pemeriksaan kesihatan dan derma darah. – HARAKAHDAILY 24/11/2019

    - Advertisement -