Sukan satukan hati, harmonikan komuniti

    - Advertisement -


    KUALA NERUS: Kesibukan dan kepadatan urusan tidak menjadi halangan untuk Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali untuk turut serta bersama Kejohanan Ping Pong Tertutup yang berlangsung di Dewan Sivik, Seberang Takir, semalam.

    - Advertisement -

    Penyertaan kejohanan itu mendapat sambutan baik dari kalangan masyarakat setempat tanpa mengira usia dan latar belakang bahkan suasana harmoni sepanjang pertandingan berlangsung.

    Kedatangan Dr Khairuddin disambut baik penganjur dan mereka rasa terharu dengan kesudian beliau untuk hadir bersama.

    Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berpandangan sukan mampu menyatukan hati dan mengharmonikan komuniti sekaligus memupuk kebersamaan.

    Katanya, aktiviti tersebut boleh dijadikan sebagai penganjuran tahunan yang bukan sahaja melibatkan satu kawasan tetapi beberapa kawasan seperti liga dan pastinya lebih meriah.

    Tambahnya, paduan antara orang lama dan generasi baru boleh dipadukan melalui sukan serta membentuk satu pasukan terbaik maka peluang tersebut mampu disegarkan bersama. – HARAKAHDAILY 24/11/2019

    - Advertisement -