Maahad Tarbiyyah Islamiyyah sambut Hari Cemerlang

- Advertisement -

TAPAH: Hari Anugerah Cemerlang Maahad Tarbiyyah Islamiyyah (MTI) telah dilangsungkan dengan sambutan penuh nostalgia menggembirakan di Sungai Gading, di sini.

- Advertisement -

Majlis dirasmikan Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Tapah, Ustaz Malek @ Malik Mohammad yang juga Pengerusi Lajnah Tarbiyah dan Pengkaderan PAS Tapah, baru-baru ini.

Dalam ucapannya, Malek mengupas tiga elemen asas penting pendidikan iaitu guru, murid dan akhlak yang saling berkait rapat serta tidak boleh dipisahkan.

Menurutnya, dua perkara perlu dititikberatkan adalah pendidikan akidah dan syariah di mana ia akan membentuk pelajar yang akan mengetahui cara hidup sebenar dan sejahtera.

“Guru-guru perlulah melengkapi diri mereka dengan proses tarbiyah berterusan untuk memikul amanah besar dalam mendidik dan mengajar pelajar menjadi generasi pemimpin masa depan,” ujarnya.

Program turut diserikan dengan persembahan nasyid seterusnya penyampaian sijil dan trofi kepada pelajar-pelajar yang akan melangkah ke alam sekolah menengah.

Hadir sama adalah Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar Muslimat PAS Negeri Perak, Salmah Ab Latif yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Tapah. – HARAKAHDAILY 24/11/2019

- Advertisement -