A4C Pulau Pinang bantu mangsa banjir Ijok

- Advertisement -

LARUT: Sekumpulan peminat kenderaan pacuan empat roda yang bernaung di bawah Kelab Alternatif 4×4 (A4C) Jabatan Seni, Budaya dan Sukan (DACS) Pulau Pinang sentiasa aktif melaksanakan program bermanfaat.

- Advertisement -

Terbaru, mereka menyampaikan pelbagai bentuk sumbangan termasuk sebahagiannya berupa zakat pendapatan individu kepada asnaf miskin yang juga menjadi mangsa banjir di Kampung Simpul, Ijok, di sini baru-baru ini.

Program bantuan mangsa banjir ini adalah salah satu program kemasyarakatan yang digerakkan oleh A4C bagi memenuhi tujuan penubuhan kelab berasaskan dakwah dan kebajikan yang meluas secara off road termasuk belantara.

Menurut Pengarah Program yang juga Pengerusi A4C Pulau Pinang, Fadzil Baharom menyifatkan usaha berterusan membantu rakyat ditimpa musibah adalah menjadi tanggung jawab bersama perlu dipikul semua pihak

“Kami sentiasa ada program seumpama ini bagi membantu masyarakat juga melalui hasil sumbangan orang ramai untuk diserahkan kepada mereka yang memerlukan,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Pengarah A4C Malaysia, Zulkarnain Abdolah menjelaskan, melalui minat yang sama, ahli kelab A4C seluruh negara dapat menjayakan agenda dakwah ke pelusuk negara.

“Malah kami turut berupaya memberikan bantuan teknikal jika diperlukan termasuk bekerjasama dengan kelab permotoran lain dalam memenuhi keperluan masyarakat dari semasa ke semasa.

“Kami membuka peluang kepada peminat-peminat kenderaan 4×4 khususnya untuk sertai kelab dan aktiviti kami atau boleh hulurkan apa jua sumbangan untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya yang juga Setiausaha A4C Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Adu  Kubu Gajah, Ustaz Khalil Yahaya yang ditemui berasingan merakamkan penghargaan dan rasa terharu di atas kehadiran pihak A4C membantu rakyat yang menjadi mangsa banjir. – HARAKAHDAILY 23/11/2019

- Advertisement -