Tangguh mansuh aliran sains, sastera

    Dr. Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi
    - Advertisement -

    ALOR SETAR: PAS berharap kerajaan menangguh pemansuhan aliran sains dan sastera Tingkatan Empat sehingga satu kajian terperinci mengenainya dilaksanakan.

    - Advertisement -

    Timbalan Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkata, keputusan Kementerian Pendidikan mengedar surat pemansuhan ke sekolah-sekolah memperlihatkan menteri bersikap gelojoh.

    Katanya, banyak perkara teknikal pengurusan pendidikan di sekolah yang perlu disemak dan diperhalusi pentadbiran sekolah.

    “Mereka padat dengan pelbagai tugasan hakiki termasuk penjadualan matapelajaran, persediaan bilik darjah, kepakaran guru-guru terlatih dan kelengkapan alat bantu mengajar,” katanya di sini.

    Baru-baru ini, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching dilapor berkata, kementerian menghantar surat kepada sekolah menengah di seluruh negara menjelaskan pemansuhan aliran sastera dan sains bagi pelajar Tingkatan Empat.

    Menurutnya pemansuhan aliran sastera dan sains perlu dilaksanakan mengikut keupayaan atau pertimbangan setiap sekolah.

    Dr Ahmad Fakhruddin berkata, kenyataan Timbalan Menteri berkenaan menggambarkan kementerian terbabit sekarang tidak serius dalam hal pendidikan. – HARAKAHDAILY 21/11/2019

    - Advertisement -