Skim baru kementerian beban kerajaan negeri

    Raja Perlis bersama Menteri Besar dan Exco.
    - Advertisement -

    KANGAR: Perlis tidak bersetuju pelaksanaan penanggungan kos rawatan perubatan kakitangan negeri ditanggung majikan masing-masing.

    - Advertisement -

    Kos rawatan itu meliputi kakitangan awam negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak berkuasa berkanun (PBB) diuruskan majikan terlibat.

    Exco Sumber Asli dan Alam Sekitar, Bioteknologi dan Teknologi Hijau, dan Kesihatan negeri, Teh Chai Aan berkata, skim itu membebankan kerajaan negeri kerana tidak mempunyai perolehan hasil mencukupi.

    “Skim itu merumitkan apabila pesakit perlu membayar kos rawatan terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan ‘pay & claim’ selepas itu,” katanya ketika dihubungi di sini.

    Kementerian Kesihatan Malaysia melalui pekeliling bertarikh 15 Oktober lalu menyatakan sebarang caj dan bil perubatan kakitangan awam negeri, PBT dan PBB akan ditanggung majikan masing-masing.

    Pekeliling itu juga menyebut sekiranya kerajaan negeri gagal membayar caj dan bil tanggungan kakitangan terbabit dalam masa 30 hari dari tarikh surat peringatan dikeluarkan, tindakan boleh dikenakan terhadap kerajaan negeri.

    Chai Aan juga berkata, penanggungan kos rawatan pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan serta keluarga yang berkelayakan itu secara tidak langsung membebankan kerajaan negeri. – HARAKAHDAILY 21/11/2019

    - Advertisement -