TERTARIK dengan perenggan akhir dalam kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mengadakan pertemuan selama 30 minit bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, hari ini.
Perenggan akhir ini berbunyi begini: “Perdana Menteri turut mengambil perhatian mengenai dakwaan terhadap kalangan anggota jemaah Menteri yang menyalahgunakan kuasa atau meraih dukungan politik menerusi pemberian projek”.
Sudah pastilah kenyataan ini menimbulkan spekulasi di kalangan rakyat mengenai tahap integriti anggota jemaah Menteri, khususnya dengan bertanya-tanya:
(1) Apakah tujuan Datuk Seri Anwar mengumumkan secara terbuka bahawa “Perdana Menteri turut mengambil perhatian mengenai dakwaan terhadap kalangan anggota jemaah Menteri yang menyalahgunakan kuasa atau meraih dukungan politik menerusi pemberian projek” ini?
(2) Siapakah antara anggota jemaah Menteri ini “yang menyalahgunakan kuasa atau meraih dukungan politik menerusi pemberian projek”?
(3) Siapakah yang membuat “dakwaan terhadap kalangan anggota jemaah Menteri yang menyalahgunakan kuasa atau meraih dukungan politik menerusi pemberian projek” ini?
Bila pendedahan terbuka mengenai “dakwaan terhadap kalangan anggota jemaah Menteri yang menyalahgunakan kuasa atau meraih dukungan politik menerusi pemberian projek” ini dibuat oleh tokoh seperti Datuk Seri Anwar maka sudah pastilah ia adalah sesuatu yang boleh dianggap serius.
Soalnya ialah sudahkah laporan PDRM dan laporan SPRM dibuat ke atas anggota jemaah Menteri terbabit? – HARAKAHDAILY 21/11/2019
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!