PAS Melaka kecam tindakan Speaker DUN

    - Advertisement -

    SEMALAM tular sebuah video Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Melaka Ke Empat Belas, yang memaparkan keengganan Timbalan Speaker DUN, YB Dr Wong Fort Pin, untuk membenarkan Ketua Pembangkang, Dato Seri Idris Haron untuk membaca sepotong ayat Al Quran diakhir ucapannya di dalam sidang itu.

    - Advertisement -

    Setelah meneliti video tersebut Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka (BPPNM) mendapati tindakan YB Dr Wong itu adalah satu tindakan yang tidak wajar dan biadab memandangkan ayat Al Quran yang dibaca itu adalah sepotong ayat yang pendek dan tidak patut dianggap mengganggu perjalanan persidangan DUN.

    Sikap yang ditunjukkan oleh YB Dr Wong itu adalah satu sikap yang angkuh dan tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam dan tidak menghormati Al Quran yang menjadi kitab kepada agama Islam yang merupakan agama rasmi Negara Malaysia.

    BPPNM dengan ini menzahirkan rasa amat dukacita dengan apa yang berlaku dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan Timbalan Speaker DUN Melaka di dalam isu ini.

    BPPNM juga menuntut YB Dr Wong yang juga merupakan ADUN Bemban, untuk meminta maaf bukan sahaja kepada Dato Idris Haron tetapi juga kepada seluruh umat Islam di Negeri Melaka yang terguris dengan tindakkan beliau itu.

    “ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN”

    HJ BAKRI JAMALUDDIN
    Ketua Penerangan
    Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka
    20 November 2019 | 23 Rabiul Awal 1441 H – HARAKAHDAILY 20/11/2019

    - Advertisement -