Pakaian peserta Muay Fight patuh syariah

    KOTA BHARU: Peserta Kelantan International Muay Fight 2019 yang akan berlangsung pada 22 November ini disyaratkan berpakaian patuh syariah ketika beraksi.

    Advertisement

    Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Zuraidin Abdullah berkata, peraturan itu disyarat kepada semua peserta termasuk dari luar negara.

    Katanya peserta luar negara termasuk dari Britain, Brazil dan Thailand sudah dimaklumkan mengenai peraturan tersebut.

    “Sebanyak lima regu muay fight dan satu regu silat jatuh akan mengambil bahagian pada pertandingan itu,” ujarnya pada sidang media di sini hari ini. (Foto atas)

    Turut hadir Pengerusi Persatuan Muey Thai Kelanta, Dato’ Dr Zulkepli Mohamed.

    Peserta Kelantan International Muay Fight bakal berentak bagi merebut tali pinggang Presiden Muey Thai Kelantan dan dua tali pinggang anggota Exco kerajaan negeri.

    Zuraidin yang Adun Chetok berkata, dijangka seramai 10,000 penonton bakal menyaksikan pertandingan itu yang diadakan secara percuma di Stadium Sultan Muhammad IV.

    Program berkenaan anjuran kerajaan Kelantan dengan kerjasama Persatuan Muey Thai Kelantan bermula jam 9 malam. – HARAKAHDAILY 20/11/2019