Gembleng semula dana wakaf bantu pelajar

    - Advertisement -

    PADANG BESAR: PAS disaran merancakkan semula kaedah wakaf seperti diamalkan di Universiti Al Azhar Mesir yang menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar.

    - Advertisement -

    Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Hashim Jasin berkata, PAS pernah menghantar 10 pelajar terbaik menyambung pengajian ke Iraq melalui dana wakaf.

    Katanya beliau antara pelajar terbabit dapat belajar di Iraq hasil daripada kaedah wakaf diperkenalkan PAS pada masa itu.

    “Saya juga mendapat manfaat hasil daripada kaedah wakaf yang dilaksanakan PAS sejak dahulu.

    “Daripada jumlah 10 pelajar terbabit hanya tiga orang yang terus menabur bakti kepada PAS,” katanya ketika merasmikan Majlis Kecemerlangan Murid Sekolah Rendah Islam At-Taqwa kali ke-29 di sini, hari ini.

    Turut hadir wakil Badan Perhubungan PAS Perlis Ruselee Eizan, Mudir SRI At Taqwa Ustaz Azamhari Mohamood dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). – HARAKAHDAILY 20/11/2019

    - Advertisement -