Di sebalik Grand Ethiophian Reinassance Dam

SUNGAI Nil

(1)     Sungai Nil boleh dikatakan sebagai sumber semula jadi yang paling penting untuk sekurang-kurangnya 10 buah negara. Cumanya, yang jadi konflik hanya 3 negara.

Iaitu Sudan, Eithopia dan Mesir. Boleh rujuk gambar. Dari segi sejarahnya, ada dua perjanjian, iaitu 1929 dan 1959, telah menggariskan pembahagian penggunaan Sungai Nil di Utara Ethiopia.

a-     1929 Perjanjian Anglo-Mesir yang ditandatangani oleh United Kingdom, kuasa penjajah di kebanyakan Afrika Timur ketika itu, dan Mesir monarki yang berada di bawah pendudukan British.

Menurut perjanjian ini, Mesir dijamin bekalan air tahunan sebanyak 48 bilion meter padu, manakala Sudan 4 bilion meter padu. Anggaran tahunan Sungai Nil sebanyak 84 bilion meter padu air

b-     Perjanjian pada tahun 1959 antara United Kingdom dan Mesir, iaitu meningkatkan bahagian Mesir kepada 55.5 bilion meter padu dan Sudan kepada 18.5 bilion meter padu, dan selebihnya dikongsi oleh negara-negara lain di sepanjang sungai.

Perjanjian baru itu juga menegaskan semula ketentuan penting dari perjanjian 1929 yang menyatakan ‘Mesir berkuasa terhadap sebarang projek pembinaan yang dapat menghalang aliran air ke Sungai Nil.

(2)     Hakikatnya 2 perjanjian ini seolah-olah menjadi permulaan konflik antara Negara-negara Afrika. Apatah lagi Benua Afrika semenangnya sentiasa mengalami krisis air.

Aliran Sungai Nil dari Selatan melalui Sudan dan Eithopia, bercantum seperti huruf Y. Pasca Arab Spring menyaksikan bagaimana Eithopia memulakan rancangan untuk ‘membina empangan.

Grand Ethiopian Renaissance Dam

(1)     Grand Ethiopian Renaissance Dam adalah sebuah empangan yang mula dibina sejak 2011/2012. Terletak di Wilayah Benishangul-Gumuz, Ethiopia dan 15km Timur sempadan dengan Sudan [rujuk gambar]

Rundingan sejak 2011 untuk mengkaji teknikal tersebut berterusan hingga ke 2015. Era pembinaan empangan ini di saat Mesir berhadapan dengan penggulingan Mubarak.

(2)     Setelah beberapa bulan akhirnya, Pilihan Raya Presiden dimenangi oleh Morsi. Beliau telah menghidu projek ini mempunyai agenda belakang. Antara yang pernah dikatakan;

‘Jika Sungai Nil berkurangan satu titik maka darah kita adalah alternatifnya’

Iaitu Mesir bersedia berkorban nyawa untuk mempertahankan hak mereka terhadap usaha belakang tabir untuk menyekat Sungai Nil daripada mengalir ke Mesir.

(3)     Namun, pada zaman Sisi, Presiden selepas Morsi meneruskan perjanjian tersebut tanpa sebarang keraguan. Sisi menganggap bahawa usaha ini tiada kaitan propaganda.

Beliau menganggap keinginan membina Empangan ini adalah niat murni untuk membangunkan Eithopia. Sisi mengatakan bahawa beliau akan memastikan kadar air di Sungai Nil tidak terjejas.

(4)     Namun perasaan berbaik sangka dengan agenda ini tidak lama. Hari ini Mesir melihat bahawa projek yang sedang berjalan ini mengancam Sungai Nil di Mesir.

Isu-isu terbaru

(1)     Mesir menganggap empangan itu sebagai ancaman. Manakala Ethiopia, melihat usaha itu sebagai penting untuk pembangunannya dan telah berjanji untuk meneruskan projek itu tidak kira apa pun kesannya.

Ethiopia dan Mesir adalah dua negara Afrika yang paling ramai penduduknya. Jika bergaduh dua negara ini, seolah-olah ia pergaduhan yang besar. Mungkin hal inilah yang diintai oleh Barat.

(2)     Antara rundingan yang dibuat pada awal Oktober 2019 berikutan banyak rundingan yang tidak mencapai kata sepakat. Mesir menuduh Ethiopia memberi ancaman terhadap keselamatan airnya.

Ethiopia pula menegaskan bahawa mana-mana isu yang belum selesai akan diselesaikan sebelum selesai pembinaan empangan tersebut. Sejauh manakah?

(3)     Dalam masa yang sama, ada kuasa yang memainkan peranan ‘cucuk belakang’ atas alasan mencari jalan tengah. Iaitu Rusia dan Amerika. Dari dulu lagi istilah ‘jalan tengah’ ini dimainkan.

a-     Pada akhir Oktober 2019, Ahmed Abiy Presiden Eithopia dan Fattah Sisi Presiden Mesir telah mengadakan pertemuan di Rusia dan bersepakat untuk meneruskan lagi projek tersebut.

b-     Amerika juga turut menjemput untuk mengadakan pertemuan dengan Mesir, Sudan dan Eithopia di Washington. Perbincangan selesai pada 6 November, yang turut dihadiri ‘orang orang penting’

Antara yang hadir ialah Setiausaha Perbendaharaan Amerika, Steven Mnuchin dan Presiden Bank Dunia David Malpass. Apa yang dibincangkan oleh mereka?

15 Januari 2020

(1)     Ketiga-tiga negara tadi diwakili oleh Menteri luar negara, telah bersetuju mengadakan empat mesyuarat teknikal di empangan itu. Mereka menyatakan bahawa mereka berharap dapat mencapai persetujuan pada 15 Januari 2020.

Sukar untuk mengetahui jika intervensi Washington itu akan membantu mencapai persetujuan sebelum tarikh akhir baru. Ini mendorong AS agar lebih ‘gigih’ untuk campur tangan

(2)     Seolah-olah ada kuasa belakang yang merancang atau mengintai peluang. Atau pun ada agenda di sebalik tabir yang perlu diperhatikan. Biasanya krisis di Benua Afrika sangat sinonim dengan Yinon Plan 1982.

Sebelum ini saya ada menulis beberapa artikel yang mengaitkan propaganda di Asia Barat dan Afrika berpunca daripada projek Yinon Plan yang digagaskan oleh Oded Yinon pada 1982.

(3)     Apa yang sedang ditimbulkan oleh media hari ini? Antaranya ialah isu-isu geografi. Sama ada dari sudut pro dan kontranya. Orang Sudan ada yang menganggap projek ini tak bagus

Ini kerana mereka kerap kali mengalami banjir yang tidak menentu atau dengan kata lain, masalah ekosistem yang terganggu. Justeru, para petani Sudan ada yang cuci tangan beralih kepada penternakan.

(4)     Walau bagaimanapun, Sudan turut menerima tawaran hebat dengan projek ini. Tawaran tersebut ialah kos bil eletrik yang rendah melalui penjanaan empangan di Eithopia.

Justeru ia akan meningkatkan pertumbuhan dan industri. Bukan setakat itu, Eithophia juga mengatakan bahawa elektrik yang dijana daripada empangan tersebut akan dibekalkan ke seluruh benua Afrika.

Yinon Plan 1982

(1)      Yinon Plan 1982 secara ringkasnya adalah projek untuk menghuru-harakan negara-negara di sekitar Palestin. Palestin adalah negara yang menjadi sasaran Israel untuk  membentuk Israel Raya.

(2)     Jurnal Angkatan Tentera AS, pada tahun 2006, dan Majalah Atlantic pada 2008 kedua-duanya menerbitkan peta luas yang mengikuti garis besar Yinon Plan ini.

a-     Selain daripada Iraq yang dikerat, yang juga dipanggil Rancangan Biden, Yinon Plan menyeru untuk membebaskan Lubnan, Mesir, dan Syria.

b-     Pemisahan Iran, Turki, Somalia, dan Pakistan. Pelan Yinon juga menyeru pembubaran di Afrika Utara dan meramalkan ia bermula dari Mesir dan kemudian melebar ke Sudan, Libya, dan seluruh wilayahnya.

(3)     Selain itu, apabila kita lihat dengan mata kasar, banyak sejarah mencatatkan konflik antara negara berpunca daripada isu-isu geografi. Antaranya;

a-     Isu Kashmir, pertembungan antara India dan Pakistan. Perang yang panjang hingga puluhan tahun. Asalnya diberi kuasa atuonomi, tetapi baru-baru ini telah ditarik balik.

b-     Isu Palestin (Israel) dan Syria yang membabitkan Dataran Golan yang menjadi sumber air kepada negara haram Israel. Sudahnya, Syria dipotretkan sebagai pengganas

c-     Isu penubuhan Negara Kurdistan Raya agenda Israel. Menyaksikan pergolakan di sempadan Turki dan Syria. Memperlihatkan betapa ‘berseliratnya’ perang di sana, dan betapa ‘pragmatiknya’ ahli politik.

d-     Isu Sri Lanka dan keganasan LTTE yang bermula daripada isu undang-undang, mengheret kepada isu pelampauan dan perjuangan membentuk Negeri Tamil Eelam.

e-     Isu Koren Utara dan Korea Selatan, iaitu Perang Korea 1950-1953 yang menyaksikan korban lebih 5 juta orang. Kedua-duanya mangsa proksi yang gilakan kuasa.

Mempotretkan Afrika

(1)     Banyak contoh-contoh sejarah yang boleh kita lihat berkaitan percaturan geografi. Hampir kesemuanya adalah agenda belakang tabir, yang merancang.

Dalam isu empangan besar di Eithopia ini, kita dapat kaitkan dengan agenda Yinon Plan apabila ia ‘bermain’ di sekitar Benua Afrika. Isu-isu di Benua Afrika sering dilontar dalam media.

a-     Antara sebabnya ialah menggambarkan bagaimana ‘keringnya’ Benua Afrika, yang majoritinya beragama Islam. Apabila sebut saja Afrika, pasti akan terbayang padang pasir.

b-     Benua Afrika juga digambarkan dengan himpitan hutang. Khususnya Sudan yang menjadi juara dalam perangkap hutang (debt trap). Negara-negara ini majoritinya Umat Islam.

c-     Selain kekeringan dan hutang, Benua Afrika juga digambarkan dengan kebuluran dan kemiskinan. Seolah-olah memang dipotretkan dan dirancang sedemikian rupa.

Ke arah menggambarkan negara Umat Islam itu mundur dan tiada tamadun. Corak ini seperti sengaja dilukis dan diframekan. Sedangkan negara negara ini sangat kaya dengan hasil minyak.

(2)     Ke mana hilangnya kekayaan minyak mereka? Sudah pasti ada orang yang merembatnya. Sebab itulah Negara Benua Afrika menjadi tumpuan kuasa-kuasa luar.

Berdasarkan Yinon Plan 1982, seolah-olah mereka sengaja nak mewujudkan pertembungan atau pertelingkahan berpanjangan antara Mesir, Sudan dan Eithopia.

(3)     Eithopia bakal menguasai sumber elektrik dan sumber saliran di Benua Afrika? Inilah yang menjadi tanda tanya hari ini. Apatah lagi kedudukan Eithopia yang strategik di Tanduk Afrika. – HARAKAHDAILY 20/11/2019

Advertisement