Belum sedia terima jawatan Exco Pahang

    - Advertisement -

    KUANTAN: Adun PAS Pahang tidak bersedia menerima sebarang jawatan dalam kerajaan negeri termasuk dilantik sebagai anggota Exco kerajaan negeri.

    - Advertisement -

    Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abdul Jabar bagaimanapun berkata selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, ia bergantung kepada kepentingan pada masa itu sama ada menerusi kerjasama politik yang dijalinkan antara PAS dan Umno.

    “Kami tidak akan buat sebarang keputusan sehingga PRU akan datang. Semuanya berada bawah ilmu Allah Taala dan mengikut kepentingan semasa ketika itu.

    “Muakafat Nasional bukan hanya membabitkan politik tetapi juga kerjasama pentadbiran di atas prinsip yang dibina bagi bantu membantu dan tolong menolong dalam ketakwaan kepada Allah,” katanya yang juga Adun Tanjung Lumpur.

    Beliau berkata demikian ketika berbahas pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pahang di Wisma Sri Pahangm di sini, semalam. (Foto atas)

    Sebelum itu Adun Pakatan Harapan (PH) mencabar kerajaan Pahang yang dikuasai BN merombak barisan Exco dengan melantik Adun PAS.

    Cabaran itu dibuat Adun Ketari, Young Syefura Othman, Adun Teruntum, Sim Chon Siang dan tujuh lagi Adun PH berikutan perubahan tempat duduk blok pembangkang kini berada di barisan belakang selepas kerusi Adun PAS. – HARAKAHDAILY 20/11/2019

    - Advertisement -