Kelantan cungkil bakat baharu takraw

    - Advertisement -

    KOTA BHARU: Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Kelantan Piala Timbalan Menteri Besar (TMB) Kelantan 2019 menjadi medan mencari bakat-bakat baharu sukan tersebut.

    - Advertisement -

    Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, kejohanan itu akan mencari bakat-bakat yang akan diketengahkan ke kejohanan lebih prestij termasuk Sepak Takraw Liga (STL).

    “Kejohanan tersebut memberi peluang rakyat tempatan di samping dapat mencungkil bakat-bakat baru.

    “Edisi kali ini hanya pemain yang berstatus anak Kelantan sahaja yang dibenarkan bermain,” katanya pada sidang media di sini semalam. (Foto atas)

    Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Kelantan Piala Timbalan Menteri Besar Kelantan akan berlangsung selama tiga hari bermula 6 Disember hadapan.

    Ia akan diadakan di Dewan Jubli Perak MPKB-BRI. Johan akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM5,000, naib johan RM3,000 dan ketiga bersama RM1,000.

    Malah pasukan yang layak ke perlawanan suka akhir akan menerima RM250.

    Kejohanan terbabit dianjurkan Urus Setia Belia dan Sukan (U-Bes) dengan kerjasama Gabungan Sepak Takraw Kelantan (Gastak).

    Wan Roslan juga berkata, kejohanan itu dijangka disertai lebih dari 30 pasukan. – HARAKAHDAILY 19/11/2019

    - Advertisement -