PAS komited kekalkan prinsip dalam berpolitik

    - Advertisement -

    KUALA KANGSAR: Prinsip-prinsip asas politik dakwah oleh PAS secara analisis berasaskan gerakan politik Islam menjadi antara topik yang dibentang pada Ijtimak Tarbawi 7.0 Pemuda PAS, malam tadi.

    - Advertisement -

    Kupasan disampaikan Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Afnan Hamimi Dato’ Taib Azamudden dalam slot Bicara Qiadi di Kem Kota Lama, Kampung Ngor, Sauk, di sini.

    “Apabila timbul kekeliruan, ‘apakah sebenarnya tujuan PAS berpolitik’, (maka) yang harus kita ingati adalah; politik PAS merupakan politik dakwah. Prinsip-prinsip dalam Budaya Politik Matang dan Sejahtera diperkenalkan PAS hendaklah difahami oleh abnaul harakah secara menyeluruh.

    “Tuan Guru Presiden PAS berulang kali menyebut bahawa politik ini berubah-ubah. Oleh kerana itu, kita perlukan ijtihad pemimpin yang memahami prinsip PAS untuk menentukan strategi. Antaranya, politik dakwah kita ini berprinsipkan perdamaian, mengutamakan perdamaian,” tegasnya.

    Mengulas mengenai prinsip PAS yang didakwa berubah-ubah, Ustaz Afnan menyangkal tuduhan itu dengan menekankan bahawa yang sebenarnya berubah adalah golongan yang gagal memahami prinsip dan strategi PAS.

    “Orang lain pertikaikan, dulu kita berkerjasama dengan DAP, dengan PKR, dan sekarang bersama dengan Umno dan MCA. Mereka ini gagal memahami bahawa hubungan politik PAS yang diputuskan Majlis Syura Ulamak adalah berprinsipkan perdamaian.

    “Kedua, adalah pertahankan Islam itu sendiri. Pendokong gerakan dakwah seperti PAS perlu sentiasa pertahankan Islam. Kita perlu pertahankan Islam disegenap penjuru walau dengan nyawa sekalipun.

    “Kalau benar mereka (kerajaan) serius pertahankan Islam, sudah tentu mereka akan memelihara perkara-perkara yang mengugat kedudukan Islam itu meskipun ia datang dari rakan politik PH itu sendiri,” kemukanya.

    Membentangkan prinsip ketiga iaitu bertegas dengan orang kafir, Ustaz Afnan menerangkan aspek ini hendaklah ditegaskan apabila pihak bukan-Islam bertindak mengancam kedudukan umat Islam.

    “Ketika PAS bertahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat, PAS meletakkan syarat di mana rakan tahaluf tidak boleh menganggu gugat dasar sedia ada dalam PAS.

    “Pada awalnya mereka (DAP) setuju, namun apabila kita mahu melaksanakan Undang-undang Jenayah Syariah di Kelantan dan mahu membentang RUU355 , DAP pada ketika itu keras membantah usaha PAS. 

    “Apabila hal ini berlaku, mereka telah melanggar perjanjian dalam tahaluf. Dengan tidak mengendahkan ketegasan PAS, DAP terus lantang menentang. Kemudian PAS isytiharkan batalnya tahaluf siyasi bersama mereka,” terangnya.

    Ustaz Afnan mengakhiri ucapannya dengan menekankan bahawa PAS istiqamah berpolitik dengan mengekalkan dasar perjuangan yang tidak akan sesekali berubah. – HARAKAHDAILY 17/11/2019

    - Advertisement -