Keputusan PRK bukti PH kerajaan sepenggal

- Advertisement -

SAYA ingin mengucapkan tahniah kepada pengundi dalam PRK Tanjung Piai kerana telah memberi harapan baru bahawa negara ini boleh diselamatkan dari tangan rakus Pakatan Harapan (PH) dengan membuat penolakan total ke atas calonnya semalam.

Saya selaku Pengerusi Terengganu Strategic and Integrity Institute (TSIS) juga ingin mengucapkan penghargaan kepada pengurusan TSIS kerana telah membuat kaji selidik yang meramalkan dengan tepat keputusan PRK ini sekali gus menjadikan TSIS satu badan kaji selidik berwibawa.

Sesungguhnya keputusan PRK ini menjadi petunjuk bahawa PH adalah kerajaan sepenggal. Ini terbukti di dalam majoriti 15,086 yang tidak pernah berlaku dalam sejarah di samping dapatan kaji selidik TSIS bahawa:

(i)     Hanya 28 peratus pengundi menyatakan PH perlu terus diberi peluang memerintah negara.

(ii)     Hanya 21 peratus pengundi menyatakan PH berjaya atau sangat berjaya melaksanakan manifestonya di Malaysia.

(iii)     Hanya 21 peratus pengundi menyatakan kehidupan mereka bertambah baik selepas PH memerintah.

Keputusan PRK ini juga adalah petunjuk jelas bahawa Muafakat Nasional (MN) bukan hanya disertai oleh PAS dan Umno serta bahawa ia tidak mengenepikan bukan Islam. Data 4 peratus pengundi yang takut kepada MN membuktikan usaha DAP mencemarkan imej PAS sebagai ekstremis gagal sepenuhnya.

Keputusan PRK ini juga menunjukkan Bersatu menghadapi sabotaj yang terancang daripada komponen-komponen lain PH. Dapat dilihat tekanan supaya Tun Dr Mahathir berundur sebagai PM bergema selepas PRK ini selesai yang pasti mewujudkan suasana tidak stabil dalam politik negara.

Saya sekali lagi menegaskan komitmen untuk menyokong Tun Dr Mahathir sebagai PM sehingga habis tempoh. Saya juga menggesa Tun Dr Mahathir yang sedang ditekan supaya membawa ersatu bersama MN demi menyelamatkan negara.

Sekian.

“Lead. Inspire”

DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Pengerusi Lembaga Pengarah,
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS). – HARAKAHDAILY 17/11/2019

- Advertisement -
- Advertisement -