Hidupkan dalil agama dalam setiap tindakan

    - Advertisement -

    KUALA KANGSAR: Dalam usaha untuk mencapai sesuatu kesempurnaan itu mestilah berpaksikan kepada dalil agama dan penghayatan Islam serta yakin ianya adalah sebaik-baik jalan penyelesaian.

    - Advertisement -

    Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria menegaskan bahawa, sesuatu perkara dan masalah yang dialami manusia boleh diselesaikan dengan baik jika berbalik kepada Islam.

    Perkara tersebut dinyatakan beliau pada majlis penangguhan Ijtimak Tarbawi 7.0 Pemuda PAS Malaysia di Kem Kota Lama, Kampung Ngor, Sauk, di sini malam tadi.

    “Tidak ada sistem atau perkara lain yang boleh selesaikan masalah manusia kecuali hanya dengan berbalik kepada dalil agama. Perkara ini perlu difahami oleh setiap lapisan masyakarat khususnya pemuda dan pemudi.

    Selain itu, beliau dalam ucapannya juga turut mengingatkan kepada semua hadirin agar sentiasa perkukuhkan wala’ dan thiqah kepada pimpinan Jemaah.

    “(Dalam) Kalangan kita ini ramai pemikir, cuma kadang-kadang pemikiran kita (ini) melebihi keputusan Jemaah. Seorang pemikir, walaupun merasa idea dan pendapatnya melebihi Jemaah, tetapi apabila Jemaah sudah membuat keputusan, maka wajib baginya patuh dan akur dengan keputusan tersebut.

    “PAS bersiasah bukan kerana hendakkan kuasa politik dan harta kekayaan semata-mata, tetapi adalah untuk menyambung kerja para Nabi dan Rasul dalam menyampaikan dakwah Islam,” ujar Adun Gunung Semanggol itu.

    Turut berganding sama dalam ucapannya ialah Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad dan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khiruddin. – HARAKAHDAILY 17/11/2019

    - Advertisement -