Muslimat PAS mahir rayu undi untuk pilihan raya

    - Advertisement -

    KUALA KANGSAR: Kepentingan Muslimat PAS sebagai penggerak dakwah bukan sesuatu yang asing, termasuk turut mempunyai peranan besar dalam gerak kerja pilihan raya.

    - Advertisement -

    Naib Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Salamiah Mohd Nor berkata, kerana itu setiap organisasi Muslimat juga dilengkapi dengan Lajnah Politik dan Pilihan Raya.

    Hal tersebut jelasnya, memandangkan Muslimat tidak cukup lengkap jika hanya bergerak dengan tarbiyah, sebaliknya perlu turut terlibat dalam gerak kerja siyasah PAS.

    Beliau berkata demikian selaku panel dalam Forum Tarbawi 3 Dewan pada Ijtimak Tarbawi 7.0 Pemuda PAS di Kem Kota Lama, Kampung Ngor, Sauk, di sini sebentar tadi.

    “PAS parti yang sangat terbuka melaksanakan strategi mengikut keputusan syura ulamak. Pada PRU14, PAS telah menghantar 10 calon Muslimat bertanding di peringkat Parlimen dan 28 calon di peringkat Dun.

    “Kita bukan sahaja meletakkan peranan Muslimat dalam lajnah untuk susun atur organisasi, malah mereka juga berperanan merangka gerak kerja pilihan raya dan menjadi petugas pilihan raya di semua peringkat,” ujarnya

    Menurut beliau, Muslimat sangat berperanan penting dalam gerakan merayu undi apabila menjelang pilihan raya kerana muslimat memiliki keistimewaan daya pujukan yang mampu mendekati pengundi dengan kemahiran sedia.

    “Kini kita memerlukan kemahiran yang menyeluruh melibatkan pemuda dan muslimat Muda PAS utk mendekati dan berhadapan pelbagai karenah pengundi muda yang bakal mengundi pada usia 18 tahun,” terangnya.

    Beliau turut menyeru agar penggerak muda PAS menyusun strategi yang bijak dalam usaha merayu undi dengan menggunakan kecanggihan teknologi terutama kepada pengundi muda agar memilih PAS. – HARAKAHDAILY 16/11/2019

    Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

    Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    - Advertisement -