Ilmu asas terpenting keputusan dan kerja PAS

    - Advertisement -

    KUALA KANGSAR: Ilmu adalah tunjang kepada setiap ahli jemaah untuk kekal berjuang, kerana Allah S.W.T mengangkat darjat orang-orang berilmu dan beriman kepada-Nya, demikian kata Pengerusi Lajnah Tarbiyah Ulamak PAS Pusat, Ustaz Zulkarnain Hassan.

    - Advertisement -

    “Ulamak bukan sekadar berilmu juga beramal dan berjuang sebagaimana meneladani Imam Ahmad bin Hambal,” ujar beliau ketika Forum Tarbawi 3 Dewan di Kem Kota Lama, Kampung Ngor, Sauk, di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian bagi menjelaskan kelebihan dan keunikan yang ada kepada parti PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang terlibat secara langsung dalam teras ilmu menerui tarbiyah, dakwah dan siasah.

    Malah tegas beliau, tidak ada peliknya sikap kepimpinan terhadap sesuatu perkara termasuklah perubahan ijtihad pilihan raya sebagaiana membenarkan Muslimat menjadi calon bertanding dan mengundi calon bukan Islam.

    “Setiap keputusan yang dibuat pimpinan adalah dipandu Dewan Ulamak PAS serta dibincang dan diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak PAS berdasarkan ilmu siyasah syariyah.

    “Maka, ianya menjadi wajib untuk ahli patuh dan ikut kerana berubah hukumnya mengikut masa dan situasi selaras dengan sepuluh Rukun Baiah yang kita sama-sama amalkan,” sambung beliau lagi.

    Justeru itu peringatnya, sebagai ahli jemaah yang memperjuangkan Islam hendaklah persiapkan diri dengan ilmu sebagai asas perjuangan menelusuri medan dakwah dan siasah di mana semakin luas medannya.

    Turut bersama menjadi ahli panel, Pengerusi Lajnah Tabiyah Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Salamiah Mohd Nor dan Pengarah Akademi Tarbiyah (AKTAR) Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Mohamad Hanif Haron. – HARAKAHDAILY 16/11/2019

    - Advertisement -