Penyatuan bukan sekadar agenda politik, tapi ajaran Nabi

    - Advertisement -

    KUALA KANGSAR: Tindakan mengapi-apikan perpecahan kepada pihak Aus dan Khazraj yang bertelagah sejak 120 tahun adalah perbuatan puak Yahudi, sedangkan Rasulullah S.A.W menggerakkan agenda penyatuan.

    - Advertisement -

    Pengarah Akademi Tarbiyah (AKTAR) Pemuda PAS Negeri Kelantan, Ustaz Abdul Malik Karim berkata, hasutan sedemikian mesti sentiasa diwaspadai kerana ia sentiasa wujud dalam usaha perpaduan umat.

    “Penghasut yang mengungkit dengan kata ‘PAS sudah lupa apa yang Umno buat dulu’ tidak ubah seperti perangai Yahudi yang cuba memecah-belahkan Aus dan Khazraj,” bidasnya di hadapan 2,000 peserta Ijtimak Tarbawi 2.0.

    Beliau bersama Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Negeri Pahang, Ustaz Hazmi Dibok mengisi slot Pidato Tarbawi: ‘Tarbiyah Memacu Perpaduan Ummah’ di Kem Kota Lama, Kampung Ngor, Sauk, di sini malam ini.

    Bentang beliau, Nabi Muhammad S.A.W ketika di bumi Madinah telah membina masjid, memeterai perjanjian Piagam Madinah dan juga menyatukan kaum Ansar dan Muhajirin yang juga menjadi asas penyatuan PAS dan Umno.

    Oleh itu jelasnya, usaha tersebut bukanlah sekadar agenda politik semata-mata, tapi ianya mengikuti ajaran yang telah diteladankan oleh Baginda Rasulullah S.A.W.

    Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Kelantan turut mengemukakan beberapa lagi perbuatan Nabi Muhammad dalam langkah menyatukan umat kepada kesejahteraan Islam.

    Sehubungan itu peringatnya, cabaran perselisihan pendapat boleh ditangani dengan berusaha memperkasa dan mengukuh saf sesama ahli jamaah menerusi program tarbiyah. – HARAKAHDAILY 15/11/2019

    - Advertisement -