Pelapis mesti belajar memimpin, sedia pegang taklifan

    - Advertisement -

    KUALA KANGSAR: Pelapis perjuangan lazimnya terdiri daripada anak muda di mana pada masa depan akan menggalas taklifan untuk merealisasikan agenda jamaah ke arah memakmurkan bumi Allah S.W.T.

    - Advertisement -

    Pengarah Akademi Tarbiyah (AKTAR) Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Mohamad Hanif Haron berkata, pelapis berperanan membawa kesinambungan yang dikehendaki jamaah, sekali gus mesti belajar membina pengalaman.

    Khususnya kata beliau, dalam perkara mentadbir dan memimpin dengan mempersiapkan diri untuk bersedia memegang amanah diberikan dan bukannya beralasan hingga membantut gerak kerja.

    Perkara tersebut diperingatkan beliau semasa mengisi slot Forum Bicara Tarbiyah Pelapis pada Ijtimak Tarbawi 7.0 Pemuda PAS di Kem Kota Lama, Kampung Ngor, Sauk, di sini petang tadi.

    Tegasnya, PAS selaku parti tarbiyah, siyasah dan dakwah memerlukan ramai pelapis untuk membantu merealisasikan agenda perjuangan dan para peserta ijtimak ini adalah antara dimaksudkan itu.

    Turut serta selaku panel adalah Exco Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Hafez Sabri dan dimoderatorkan oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Nadzir Helmi. – HARAKAHDAILY 15/11/2019

    - Advertisement -