As-Sabiqun Perak anjur makan malam bersama Presiden

- Advertisement -

TAPAH: Sidang As-Sabiqun PAS Negeri Perak akan mengadakan Majlis Makan Malam Amal Bersama Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Sentosa Eco Park, Sungai Cincin, Chenderiang, di sini 7 Disember depan.

- Advertisement -

Ketua As-Sabiqun PAS Perak, Mhd Salleh Tulus berkata, sebanyak 100 meja disediakan dan dapat memuatkan penyertaan 1,000 tetamu dengan jualan tiket RM500 dan RM250 bagi setiap meja masih dibuka kepada orang ramai.

Menurut beliau, program tersebut selain bertujuan menambah dana As-Sabiqun Perak untuk melaksanakan aktivitinya, juga bagi mengeratkan persaudaraan Islam sesama ahlinya termasuk Presiden dan pimpinan lain.

Di antara yang akan hadir sama memeriahkan majlis adalah Pengerusi As-Sabiqun PAS Pusat, Subky Latif dan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria serta pimpinan lain termasuk komponen BN Tapah iaitu Umno, MCA dan MIC.

Orang ramai yang berhajat turut serta atau ingin menyumbang boleh menghubungi Mhd Salleh di talian 019-958 8801 atau Setiausaha As-Sabiqun PAS Perak, Dzulbahrain Jalun 010-380 7622. – HARAKAHDAILY 14/11/2019

- Advertisement -