Karnival UMMAH Cinta Rasul capai matlamat

- Advertisement -

RAUB: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) Raub yang menggabungkan lebih 30 NGO telah menganjurkan Karnival Ummah Cinta Rasul yang diadakan di Dataran Majlis Daerah Raub, di sini 8 November lalu dan berakhir kelmarin dahulu.

- Advertisement -

Program julung kali ini disemarakkan lagi dengan perarakan Maulidur Rasul yang dikendalikan Pejabat Agama Islam Daerah Raub di mana menghimpunkan lebih 1,000 peserta mewakili pelbagai agensi dan NGO dari seluruh daerah ini.

Pelbagai aktiviti dan pengisian telah dilangsungkan melibatkan ramai penceramah agama, selain Forum Kempen Buy Muslims First (BMF) disebalik pelbagai kaunter dan gerai jualan serta pameran yang diadakan sepanjang program.

Turut menarik kehadiran ramai adalah pertunjukan pencak silat antaranya menampilkan Pesilat Negara yang juga Juara Silat Olahraga Dunia, Ruzaidi Abd Rahman dan Juara Pendekar Muda Malaysia, Faris Zahari di mana merupakan anak jati Raub.

Juga dilangsungkan dengan menarik penyertaan warga tempatan adalah pelbagai pertandingan antaranya laungan azan, nasyid, memanah, melukis dan mewarna yang sememangnya memeriahkan seluruh karnival julung kali ini.

Menurut Pengerusi UMMAH Raub, Ustaz Shahrizan Md Esa, karnival bertema “Gembleng Kekuatan, Bina Muafakat” ini berjaya menarik masyarakat minat terutama golongan muda. – HARAKAHDAILY 13/11/2019

- Advertisement -