Hebat akhlak dan akademik keutamaan PASTI

- Advertisement -

TANJONG MALIM: PASTI Kawasan Tanjong Malim telah menganjurkan progran Hari Anugerah Kecemerlangan bertempat di Lawang Ballroom, Felda Residence Hotspring Sungai Klah, di sini kelmarin dahulu.

- Advertisement -

Seramai 66 murid penerima anugerah dan 190 graduan PASTI diraikan dalam majlis dirasmikan oleh Ketua Sektor Pendidikan Pemuda PAS Negeri Perak, Ustaz Muhammad Adil Muhammad Fadzil.

Dalam ucapan perasmian, beliau menekankan kepentingan anak-anak masa kini diberikan didikan mengenai adab dan akhlak terpuji, di samping menjadikan anak-anak ini cemerlang di dunia dan akhirat.

“Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menyediakan institusi pendidikan terbaik yang perlu diteruskan dari masa ke semasa. Sebagai kesinambungan pendidikan anak-anak PASTI, ibu bapa bolehlah menghantar anak-anak mereka ke SRITI yang menyediakan pendidikan peringkat rendah,” pelawanya.

Program turut diserikan dengan persembahan kalam jamaie dan pidato daripada murid yang berjaya membawa nama PASTI Tanjong Malim ke peringkat lebih tinggi dan majlis diakhiri dengan sesi bergambar. – HARAKAHDAILY 12/11/2019

- Advertisement -