Street Dakwah santuni warga Kepala Batas

- Advertisement -

KEPALA BATAS: Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan Kepala Batas telah menganjurkan program Street Dakwah yang dilaksanakan sekitar Permatang Sintok Dun Bertam, di sini semalam.

- Advertisement -

Program yang diadakan bersempena sambutan Maulidur Rasul ini bertujuan menyantuni dan beramah mesra bersama komuniti setempat di samping khususnya kepada masyarakat bukan-Muslim.

Pendekatan secara santai dan berhikmah semasa mengedarkan risalah profil Nabi Muhammad S.A.W beserta cenderahati yang disediakan juga telah menarik minat golongan sasaran tersebut.

Ke arah mengampuhkan lagi kerjasama Muafakat Nasional, Wanita Umno Cawangan Permatang Sintok turut bersama-sama dalam program Street Dakwah yang menjadi sebahagian usaha agama ini.

Program yang dijalankan dari masa ke semasa ini telah menjadi rutin wajib bukan sahaja dilakukan semasa hampir pilihan raya, sebaliknya PAS Kepala Batas berharap akan terus berterusan ke generasi akan datang.

Selain mensasarkan dakwah berhikmah yang dianjurkan Islam untuk segenap lapisan masyarakat bukan Islam serta Islam, usaha ini juga mensasarkan agar melonjaknya penerimaan masyarakat setempat.

PAS Kepala Batas sangat komited sebagai Duta Kasih Sayang buat semua warga bukan Islam sejajar dengan ajaran dan sunnah Nabi Muhammad sebagai model dan tauladan terbaik sepanjang zaman.

Program ini juga telah dihadiri oleh Timbalan Yang DiPertua Kepala Batas, Sobhi Omar dan Ketua Pemuda PAS Kepala Batas Ustaz Muhammad Azam Abdullah. – HARAKAHDAILY 11/11/2019

- Advertisement -