PRK P.165 Tg Piai: Antara ‘wajah’ sejahtera dan ekstrem

    - Advertisement -

    TANJUNG PIAI: PRK P.165 Tanjung Piai telah mengenengahkan dua pendekatan politik yang didasari oleh tuntutan hormat-menghormati dan sikap perkauman melampau, sebagaimana ditunjukkan pihak-pihak bertanding.

    - Advertisement -

    Ketua Pemuda PAS Negeri Johor, Ustaz Ahmad Nawfal Dato’ Dr Mahfodz berkata, daripada kempen dilakukan telah mendedahkan hakikat kepada sikap yang dibawa oleh kepada masyarakat melalui ruang politik PRK ini.

    Jelas beliau, pihak mewakili gagasan Muafakat Nasional jelas membawa aspirasi seluruh rakyat Malaysia yang majmuk dengan menzahirkan sikap saling memahami dan menghargai kepelbagaian hidup dalam erti kata sebenar.

    “Selama ini kefahaman ‘majmuk’ ini terhenti pada hanya keunikan dalam kepelbagaian. Hakikatnya, majmuk ini sedang dihuraikan tuntutannya kepada muafakat demi menjamin keharmonian dan keamanan.

    “Muafakat Nasional telah memberikan teladan, bahawa tuntutan hormat perlu disambut balas dengan menghormati juga. Ini sekali gus bermakna mengajak masyarakat menolak rasis bawaan DAP,” hurainya mengajak pengundi tidak memberi lagi peluang DAP menapak.

    Menurutnya, PAS juga telah menunjukkan erti konsep demokrasi dan berpegang kepada janji apabila memberi ruang kepada BN menentukan calon ‘boleh menang’ bagi mewakili semangat Muafakat Nasional itu.

    Kata beliau, biarpun menjadi bualan hangat berikutan BN mengenengahkan calon MCA, namun Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengetuai sokongan padu kepada calon MCA dan berkempen sama.

    “Sekali lagi tindakan ini menepis tohmahan jajan DAP dan PH kononnya Muafakat Nasional bersifat rasis ke-Melayuan. Malah sebaliknya, menyerlah betapa DAP dan sekutunyalah yang bermain isu rasis dan konsisten dengan sikap anti-Islam,” tempelaknya kepada parti yang tidak hormat kaum majoriti itu.

    Sehubungan itu, memandangkan DAP dan PH lebih menyerlahkan sikap ekstrem anti-Islam dan Melayu, maka pengundi diseru Nawfal agar memberi undi kepada MCA yang lebih moderat dan tidak ekstrem.

    Terangnya, hal itu juga dalam memenuhi keperluan wakil MCA berada dalam Parlimen mengisi ruang permuafakatan majmuk yang bersifat lebih sejahtera dan makmur untuk negara Malaysia. – HARAKAHDAILY 11/11/2019

    - Advertisement -