Pantun, seloka balas kepada Mahfuz

- Advertisement -

UNDI DAP, rakyat akan bertuah
sebab DAP katanya kafir yang amanah
ekonomi diurus, hutang makin bertambah
Gila punya kerajaan, menipu tak sudah
Elok juga sebab rakyat dah sedar dan marah
Kita pasti menyesal kalau tak ubah

Pokok Sena semacam dah gila
Sebab tak sedar PAS sokong MCA dah lama
Di Balakong dulu, Mahfuz tak kata apa
Bila Tok Guru ajak ahli PAS undi MCA di sana

Tun Mahathir, Mahfuz cium dan peluk
Walau pernah dalam jel Mahfuz merengkuk
Dengan Salehuddin, Israel dia selalu kutuk
Akhir sekali fatwa keluar, kena wala’ pada Atuk

Hukum yang PAN ubah, halal dan betul
Walau duduk bawah ketua si kaki botol
Menipu rakyat nak hapuskan tol
Tiba-tiba dia kata pembangkang menipu, eh tak ke tolol?

Semalam sambutan kelahiran Rasulullah
Diberi kepada Lee Lam Thye pujian dan anugerah
Adakah beliau nak dijadikan uswatun hasanah?
Setelah mereka kata PAS sokong MCA itu salah?

Sudah habiskah ustaz ataupun imam
Untuk diberikan anugerah tokoh Maulud semalam?
Harap janganlah Lee, bekas DAP itu dijadikan imam
Takut DAP arah nanti, habis semua ahli PAN demam

Dulu Mahfuz lawan Israel bila bersama PAS
Sekarang dituduh terima dana Israel, dia senyap tak balas
Begitulah bila telinganya, DAP dah pulas
Setelah kepada Islam, PAN berbuat culas

Dulu menyumpah BN salah guna harta kerajaan
Sekarang tak apa sebab ianya projek secara kebetulan
Fatwa PH ini ok, boleh berubah ikut keadaan
Kalau orang lain buat, tak cukup maki mereka hamburkan

Kini mereka datang lagi dengan janji
Setelah yang lama, jelas mereka mungkiri
Tokong mereka berkempen tidak lagi dikerumuni
Petanda besar PH nak kalah lagi

Kepada Mahfuz yang bagaikan dah mereng
Sudahlah, tak penat ke jual temberang
Menipu di bandar menipu di kampung
Tok Guru kau hina, apa kau dapat untung?

Inilah akibat melanggar baiah
Habis perkara yang betul dia buat punah
Sanggup dengan Tok Guru dia nak tunjuk gah
Hang taraf mana? Langsung tak munasabah

Antara dua mudharat Tok Guru suruh pilih
Tujuannya, agar keuntungan Islam peroleh
Itulah sikap sebenar orang yang soleh
Kerana inilah hukum yang paling sahih
Hang mana tahu Mahfuz, kitabpun tak kelih
Kena sangatlah DAP jadi imam muktabar dalam PH

MOHD NASIR ABDULLAH
10 November 2019 – HARAKAHDAILY 10/11/2019

- Advertisement -

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -