Mangsa banjir terus dibantu PAS-Umno Tapah

    - Advertisement -

    TAPAH: PAS Kawasan dan Umno Bahagian bagi Parlimen Tapah terus prihatin menyantuni keluarga-keluarga mangsa banjir di Kampung Pasir, di sini kelmarin.

    - Advertisement -

    Rombongan ziarah tersebut bertujuan menyampaikan bantuan susulan kepada mangsa sebagai susulan kepada bantuan awal telah diberikan hujung bulan lalu.

    Hadir pada kunjungan tersebut adalah Ketua Umno Tapah, Ishsam Shahruddin dan Adun Ayer Kuning, Samsudin Abu Hassan serta bekas Calon PAS Dun Chenderiang, Nordin Hassan.

    Turut bersama menyatakan simpati dan keprhatinan kepada keluarga yang dilawati adalah Pengerusi Lajnah Assabiqun PAS Negeri Perak, Mhd Salleh Tulus.

    Malah, beliau turut mengenengahkan suara penduduk yang mengadu keperitan mereka ekoran banjir tersebut di mana dikatakan berpunca dari aliran tersumbat.

    Kata Mhd Salleh, penduduk mahu sungai dan longkang diselenggara oleh pihak berwajib untuk mengelak kemungkinan banjir terus melanda Kampung Pasir.

    Pada ziarah itu, rombongan telah menyerahkan sumbangan bantuan berupa barangan keperluan dapur dan wang tunai bagi meringankan beban keluarga mangsa banjir. – HARAKAHDAILY 10/11/2019

    - Advertisement -