Sultan Muhammad V sertai Majlis Solat Hajat

    - Advertisement -

    KOTA BHARU: Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan menghadiri Majlis Solat Hajat dan Doa Selamat Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Sultan Muhammad V yang ke-50 di Masjid Muhammadi, di sini, malam tadi.

    - Advertisement -

    Baginda turut diiringi Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra dan Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.

    Hadir sama, Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob, Mufti Kelantan Dato’ Mohamad Shukri Mohamed dan Ketua Polis Kelantan, Dato’ Hasanuddin Hassan. (Foto ihsan Pejabat Istana Sultan Kelantan.)

    Pada sambutan itu, Sultan Muhammad V turut berkenan solat Maghrib dan Isyak bersama ribuan jemaah yang diimamkan Ustaz Hanafizi Abdullah, Imam Besar Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Kelantan (Maik).

    Manakala tahlil dan doa dipimpin oleh Ketua Hakim Syarie, Dato’ Sri Paduka Raja Daud Muhammad, sebelum berangkat pulang serta berkenan bersalaman bersama hadirin. – HARAKAHDAILY 9/11/2019

    - Advertisement -