Peluk Islam kerana tertarik Street Dakwah

    - Advertisement -

    ALOR SETAR: Program Street Dakwah anjuran Dewan Muslimat PAS Kedah yang diadakan serentak di semua 15 kawasan telah berjaya menarik minat seorang Tionghua untuk memeluk Islam.

    - Advertisement -

    Peniaga di Pekan Padang Serai itu, dengan rela hati melahirkan hasrat untuk memeluk Islam setelah diberi penerangan oleh seorang petugas sewaktu edaran pamplet berkenaan Nabi Muhammad SAW di premisnya.

    “Kita mengharapkan agar beliau terus komited dengan hasratnya dan menjadi seorang Muslim sejati,” ujar Pengerusi Lajnah Dakwah Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah, Azleena Zakariya.

    Program yang dijalankan seawal kira-kira jam 7.00 pagi hingga ke 11.00 pagi. Sementara Dewan Muslimat PAS Langkawi dan Sungai Petani akan menjalankan operasi pada sebelah petang.

    Hampir semua kawasan memberi tumpuan sasaran di pasar, restoran, premis perniagaan masyarakat Tionghua dan India selain non-Muslim yang lalu lalang di kawasan berkenaan.

    Menurut Azleena, selain pamplet berkenaan Islam diedarkan, mereka yang ditemui turut menerima sedikit buah tangan sama ada minuman atau makanan.

    “Saya bersyukur kerana program ini mendapat sambutan yang positif dari masyarakat non-Muslim,” tambah beliau. – HARAKAHDAILY 9/11/2019

    - Advertisement -