DAP semakin tunjuk taring dari hari ke hari

- Advertisement -

IPOH: Rakyat ternyata menerima ‘kejutan’ apabila pertuduhan terhadap pemimpin DAP yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dari tahanan SOSMA, telah dibatalkan tanpa sempat dibicarakan.

- Advertisement -

Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria berkata, keadaan itu berlaku setelah DAP dilihat begitu lantang untuk campur tangan terhadap hal ehwal perundangan negara, serta bertindak mempertahankan pemimpin mereka secara taktik kotor.

Bidas beliau, sikap ‘double-standard’ pemimpin DAP itu bukan baharu hinggakan rakyat juga telah sangsi dan ragu terhadap sistem perundangan yang dilihat berada di bawah kendalian Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Tempelaknya, DAP dari hari ke hari semakin menunjukkan taringnya termasuk mengasak ahli kerajaan dalam koalisi mereka sendiri terutama pemimpin Melayu PH dengan cuba memasukkan agenda-agenda DAP ke atas negara ini.

Malah, beliau yang juga Adun Gunung Semanggol menegaskan, DAP sangat tidak senang duduk ketika ini kerana melihat umat Islam semakin mencapai kesepaduan ditambah Muafakat Nasional turut kian mengukuh dalam masyarakat.

“Namun malangnya, apabila ada ‘pengikut’ DAP yang terdiri dari orang Islam sendiri menyokong tindakan DAP mahu menjatuhkan Islam. Dari zaman Rasulullah S.A.W dulu lagi, Islam ditekan pelbagai pihak yang cemburu dengki dengan agama suci ini.

“DAP pula secara terang-terangan menentang Islam biarpun mereka sedari kedudukan jumlah mereka sangat kecil di kerusi kerajaan,” ujarnya menegaskan PAS sebagai benteng yang terus mempertahankan kepentingan negara.

Buktinya kata beliau, PAS tanpa menggadaikan prinsip diperjuangkan, namun terbuka menjalin kerjasama antaranya menerusi Muafakat Nasional dan terbaharu menggerakkan jenteranya membantu MCA di PRK P.165 Tanjung Piai.

Beliau turut memuji sikap ahli PAS seluruhnya yang sentiasa memberi sokongan dan dukungan padu sekali gus memperkukuh konsep wala’ dan thiqah untuk menggerak dan melaksana setiap agenda parti.

Pun begitu beliau menasihatkan semua pendukung PAS untuk berwaspada dan meneliti maklumat serta arahan terutama melibatkan nama pemimpin agar tidak terpengaruh propaganda dibuat musuh. – HARAKAHDAILY 8/11/2019

- Advertisement -