Boling satukan Muslimat PAS-Wanita Umno Parit

- Advertisement -

PARIT: Dewan Muslimat PAS Kawasan Parit telah mengadakan program Boling MUSNITA 2019 bertempat di Ampang Superbowl, D Mall Seri Iskandar, di sini kelmarin dahulu.

- Advertisement -

Pengerusi Lajnah Kesenian dan Rekreasi Muslimat PAS Parit, Ramlah Bahari berkata, program yang julung kali diadakan ini bertujuan memperkukuh gerak kerja Muslimat PAS dan Wanita Umno Bahagian Parit.

“Kebiasaannya kita berbincang di meja mesyuarat untuk merancang strategi pemantapan Muafakat Nasional. Namun kali ini, kita ubah suasana kepada lebih santai sebagai usaha mengeratkan ukhuwah sesama dua parti politik yang sekian lama berseteru ini,” ujarnya.

Turut hadir Ketua Dewan Muslimat PAS Parit, Dr Najihahtussalehah Ahmad dan Ketua Wanita Umno Parit, Asmah Laili Abd Rahman serta Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Parit.

Keseluruh penyertaan yang terkumpul seramai 82 pemain diberikan penghargaan berbentuk hamper dan piala yang telah disediakan oleh pihak urusetia program dan disampaikan oleh Dr Najihah kepada pemenang.

Dr Najihah berkata, aktiviti seperti ini sangat bangus sekiranya dilaksanakan secara berkala bagi membawa imej muslimah kepada masyarakat terutamanya penerapan akhlak wanita ketika bersukan di khalayak ramai.

Program tersebut turut mendapat sokongan dengan kehadiran Adun Bota, Khairul Shahril Mohamed dan Adun Belanja, Khairuddin Abu Hassan yang hadir ketika program rancak berlangsung. – HARAKAHDAILY 8/11/2019

- Advertisement -