Salah laku kempen, SPR perlu sedia laporan

- Advertisement -
  1. Saya telah menyarankan dalam sesi perbahasan peringkat Jawatankuasa Belanjawan 2020 semalam supaya pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menyediakan suatu laporan lengkap berkenaan pematuhan parti-parti politik dalam siri-siri pilihanraya yang berlaku.
  2. Cadangan ini didorong oleh tindakan beberapa parti-parti politik yang jelas melanggar batasan kempen seperti yang terkandung dalam Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.
  3. Belum pun reda isu penggunaan jentera Kerajaan seperti yang berlaku di PRK Cameron Highlands, beberapa hari kebelakangan ini menyaksikan pelbagai janji telah ditabur oleh pemimpin parti Kerajaan dalam PRK Tanjung Piai.
  4. Lebih malang lagi, kenyataan-kenyataan sesetengah pimpinan Kerajaan yang berunsur hasutan, perkauman dan boleh menggugat keamanan dan kestabilan sosial dalam negara hari ini. Apakah tiada kawalan dalam kempen PRK pada hari ini?
  5. Justeru, saya mengharapkan agar pihak SPR meneliti gesaan saya supaya menyediakan laporan lengkap tersebut setiap kali selepas pilihanraya. Malah, laporan tersebut perlu dibentangkan di Parlimen.
  6. Ini bagi memastikan setiap parti politik mematuhi segala peraturan yang ditetapkan, menggalakkan aktiviti kempen berlaku secara sihat selain memastikan semak dan imbang yang berkesan terhadap peranan yang dimainkan SPR itu sendiri.

Sekian.

- Advertisement -

“Islam Memimpin Perpaduan”

Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz
Ahli Parlimen Bachok

7 November 2019 bersamaan 10 Rabi’ul Awwal 1441H

- Advertisement -